Kursus Asas Komputer dan Microsoft Office

27 Mei 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 26 Mei 2019, Ahad, seramai 4 orang belia telah menghadiri kelas Asas Komputer dan Microsoft Office bertempat di Bilik Latihan Pusat Internet Kg. Bandong bermula pukul 9:00 pagi sehingga pukul 4:00 petang. Program ini adalah anjuran Kenyalang Skills Center dengan kerjasama Pusat Internet Kg. Bandong.

Antara pengisian kursus adalah asas komputer, Microsoft Word , Excel dan Powerpoint. Para peserta didedahkan dengan fungsi serta diberi latihan bagi menguji tahap pemahaman berkaitan perkara yang telah dipelajari sepanjang kursus berlangsung.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali